Tajuk: Kesan Efikasi Kendiri Guru Sejarah Terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan
Teknologi Maklmumat dan Komunik
Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru Sejarah yang kreatif dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang untuk mencipta, menghasilkan dan memperkembang sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem pendekatan atau sebagainya. Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Sejarah. Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran Sejarah menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Kelemahan ini berpunca daripada kaedah pengajaran guru itu sendiri yang lebih banyak diorientasikan oleh keperluan peperiksaaan dan menghabiskan sukatan pelajaran (Hazri Jamil, 2003). Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam pengajaran Sejarah di sekolah menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan (PPK, 2004). Pengajaran berbantukan ICT seperti melalui penerokaan sumber digital dengan melayari laman web boleh membantu meningkatkan minat pelajar serta menjadikan proses P&P lebih menarik serta “menghidupkan” mata pelajaran itu sendiri. Keputusan untuk menggunakan ICT pula mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti pengetahuan dan kemahiran serta kemudahan dan kekangan di sekolah. Namun beberapa kajian menunjukkan bahawa kepercayaan guru berkaitan penggunaan ICT dalam kerja-kerja mereka merupakan faktor penentu dalam kemampuan guru mengintergrasikannya dalam pengajaran (Mohd Zaaba & Zurida, 2002; Pajares, 2002). Dengan kata lain, kepercayaan efikasi kendiri mempengaruhi pemilihan tindakan, corak pemikiran dan reaksi emosi seseorang guru terhadap suatu situasi yang dihadapi. Individu yang berefikasi tinggi akan menghadapi tugasan-tugasan sukar sebagai cabaran yang perlu di atasi, malah mempunyai daya usaha yang kuat untuk meningkatkan pencapaian dan perwatakan. Berdasarkan kepada premis di atas, kajian ini bertujuan untk mengenal pasti tahap efikasi kendiri guru Sejarah dan tahap amalan pengajaran Sejarah berbantukan ICT.
ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Menurut Ahmad Fuad (2003), dalam konteks pendidikan,teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu prosespengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:
i. pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar
ii. koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis
iii.projek yang melibatkan penyelesaian masalah selari yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannnya berkongsi kaedah dan dapatan kajian.
Di samping itu penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak.
Efikasi Guru Terhadap Penggunaan ICT dalam P&P
Mengikut Ahmad Fuad (2003) hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Mengikut Sarimah (2003) pula latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk menyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala Mohd Zaaba dan Zurida mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap ‘perlu belajar’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru.Menyokong pendapat Albion (1999) ialah Jones (2002) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Moersch (2001), bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT.
Kesimpulan
Guru seharusnya mengintergrasikan ICT dalam pengajaran mereka supaya P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru-guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru seharusnya mempunyai keyakinan untuk mengintergrasikan ICT dalam pengajaran bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran masing-masing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam....
ReplyDeletesaya amat setuju dengan semua fakta,pendapat dan penerangan yang telah dinyatakan. arus pendidikan dewasa ini lebih mencabar dan kompleks brbanding beberapa dekad yg lalu. namun saya ingin menarik perhatian anda berkenaan kekurangan infrastktur termasuk ICT disekolah-sekolah tempat kita menabur ilmu. memperkasakan P&P melalui ICT adalah suatu yg diingin2kan namun kadangkala kekangan yang wujud ini menyukarkan proses integrasi yang diimpikan itu.
atau...
anda ada altenatif yg memberangsangkan?
apa yang lebih memberangsangkan eyk?setakat ni apa yang saya baca tu jer lah yang nampak betul-betul menarik tapi tak tau lauh,mungkin ada lagi yang belum dijumpai, maybe kita leh kongsi lagi maklumat yang lain pada masa akan datang
ReplyDeletePelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa.
ReplyDeleteTeknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu prosespengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya mengintergrasikan ICT dalam pengajaran mereka supaya P&P menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru-guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKebanyakan artikel yang diaca membincangkan tentang penggunaan komputer dalam p&p. Ini menunjukkan bahawa kita semua bersetuju untuk mengatakan komputer itu salah satu alat bantu mengajar yang baik khususnya pada abad ini. Namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu menggunakan kemudahan itu. Justeru kaedah pengajaran lama yang dikenali sebagai kaedah popular menjadi pilihan. Untuk menyalahkan guru sepenuhnya memang tidak wajar kerana kekurangan kemudahan itu juga menjadi penghalang dalam memanfaatkan perkembangan teknologi dikalangan guru dan pelajar.
assalamualaikum
ReplyDeleteDalam arus pendidikan yang serba canggih, guru perlu mengubah stail pengajaran mereka ke arah yang lebih menyeronokkan pelajar, bahkan mampu menarik minat pelajar untuk mengikuti proses p&p. Pengajaran yang berpusatkan guru haruslah diubah kepada pengajaran yang berpusat pelajar. ia adalah langkah bagi merangsang minda pelajar terhadap pembelajaran. seterusnya, akan dapat melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang yang diceburi. justeru itu, guru perlulah melakukan sesuatu yang baru dan menyeronokkan dalam pengajaran mereka. penggunaan alat ICT dikatakan mampu melahirkan situasi pengajaran yang menyeronokan. melalui alat teknologi, guru boleh memasukkan pelbagai unsur yang akan melahirkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. antara unsur yang boleh dimasukkan dalam komputer ialah unsur grafik, animasi, video, teks dan bunyi. pada hakikatnya alat teknologi maklumat dan komunikasi banyak memberi kebaikan kepada pelajar mahupun kepada guru itu sendiri. namun guru harus mahir dalam mengendalikanya bagi memastikan keberkesanan penggunaan komputer dalam proses P&P.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaya turut bersetuju dengan pandangan kawan-kawan yang lain bahawa ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran sangat sesuai dilaksanakan dalam konteks pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam P&P membantu menjadikan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkait pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Pihak guru hanya perlu berperanan untuk memantau tingkahlaku para pelajarnya supaya pendekatan ini dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Assalamualaikum,
ReplyDeletePada pandangan saya, artikel ini banyak membantu menambahkan maklumat tentang kepentingan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu penggunaannya masih di tahap yang kurang memberansangkan terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman.Dikalangan pelajar kurang minat untuk mengaplikasikan pembelajaran ICT.Namun sekiranya ia dipupuk dengan pelbagai pendedahan saya pasti ia boleh di atasi.Ini penting sebagai pendedahan awal untuk ke IPT nanti.