Thursday 11 March 2010

Thursday 18 February 2010

pengurusan bilik darjah...sila komen yer

PENGURUSAN BILIK DARJAH DINAMIK :
Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti
Pendahuluan :
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya
termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah
sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang
terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang
guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada
pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan,
kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan
pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling
dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru
berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil
pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai
penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik
darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan
pengurusan murid sebagai pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang
diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa,
bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan
dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero
defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahankelemahan
serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di
samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan
produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan
sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan
pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
Pengurusan Fizikal, Sumber dan Organisasi
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan
ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan
penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan
serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.
Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada
murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.
Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang
berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan
pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.
Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi,
pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi,
termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga
melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang
harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana
terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, ujudnya perasaan saling
berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri
dan kumpulan secara kolektif.
Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan
dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik
yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi
melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai
sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif,
menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif,
bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada
keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang
sebahagian daripada keimanan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan
sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang merangkum pelbagai
alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada kalanya murid tidak memberi
perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh
dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan
persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang
mantap.
Iklim Dan Aplikasi Bilik Darjah
Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya
bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi
arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk
mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan
yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.
Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan
jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan.
Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah
perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya
dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah
tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan
menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya
peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada
jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap
keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan
berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta
membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada
setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya
bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga
hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian
masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian
(releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi
pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktiviti-aktiviti
perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan
penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan
keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim
yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama
susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di
kalangan murid..
Pengurusan Murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap
kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu
dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat
perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru
menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru
memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan
mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang
ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut
dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru
kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya
penyayang, komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan
bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer,
telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi
terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran yang lebih dinamik,
pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan
berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah
menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang
hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.
Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting
dalam bilik darjah. Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru
seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang
dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka
mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur,
kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan,
markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang
pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan
prestasi mereka.
Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang
bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang
segala tingkahlaku negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan
pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menggalak
murid menghargai pertumbuhan pengetahuanh dan kemahiran diri.
Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang
mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria,
meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan
enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang
sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang
terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang
dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah
pembentukan modal insan yang berkauliti.
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar
bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang
subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi
bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah
pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia,
pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam
pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru
bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik
darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’.
Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting
kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan
sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru
mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan
semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah
murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya
menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan
punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan
rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia
bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan
aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia
merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana
tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan
terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran,
ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang
berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi
pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata
motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan
ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih. Kesabaran,
kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala
mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya
ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid
patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab
dan objektifnya. Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang
dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang
berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut, guru tidak melengah-lengah waktu untuk
memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk
mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil
pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan
penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian supaya suasana senstiasa
ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru
juga menghormati murid seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru
dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan
pembelajaran.
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah,
merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan
berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran
tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh
guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan
perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan
perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan
mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan
mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk
perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami
perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang
memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti
dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin
murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing,
penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan
kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian
dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan
tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web.
Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar,
merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan
yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila
bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.
Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat
pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan
kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan
tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa
kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan
jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang
untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya
memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan
berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan
murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh
murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan
potensi mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi
instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan
teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina modelmodel
tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam
bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga
menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran,
mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan
komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses
intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah
dan berdailog,
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan
yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid
melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan,
serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam
pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh
meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi
meningkatkan pengajaran guru.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan
komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa
badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi
perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang
menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang
sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas,
dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan
psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan
keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan,
kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat
mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan
wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses
pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang
merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti
pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada
aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti
peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang
disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka
baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif,
tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik,
dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang
efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti
anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan,
tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui
pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan
perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan
murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman
murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan akal murid.
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikembangkan seharusnya mengikut instrumen
yang telah ditetapkan oleh bahagian-bahagian pengurusan di atas. Jabatan Pendidikan
Islam Dan Moral adalah satu-satunya jabatan yang bertanggungjawab untuk
memperkenalkan dan menyelaraskan instrumen-instrumen berkenaan untuk digunapakai oleh
organisasi di bawah kawalan. Modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh
JAPIM telah melepasi piawai yang dikehendaki oleh pengurusan sekolah dan jemaah nazir
sekolah. Beberapa perkara penting yang dititikberatkan dalam modul berkenaan iaitu hasil
pembelajaran dan fokus, isi kandungan pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian, rumusan, tugasan dan refleksi.
Set induksi :
Merupakan suatu perkara atau proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran
yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil
pembelajaran, set induksi yang menarik dapat menimbulkan minat murid terhadap tajuk yang
hendak disampaikan guru, murid memperolehi gambaran awal sebelum dimulakan
pengajaran tajuk yang sebenar, mendorong pelajar untuk mengetahui isi pengajaran, dan
pemusatan mental murid kepada satu konsep atau pendekatan yang hendak dikemukakan
oleh guru.
Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik, seperti
tayangan sedutan filem, sebuah nasyid, pantun, puisi, satu persembahan atau lakonan,
permainan, soal jawab, mempamerkan suatu bentuk atau objek, suatu penyataan yang
kontroversial, klip vedio tentang sesuatu panorama, atau satu peristiwa yang telah berlaku,
atau menyediakan satu bahan atau satu persoalan yang mencabar minda murid. Set induksi
yang hendak disediakan hendaklah yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi
pelajaran, yang mendorong minat murid terhadap tajuk yang hendak diajar, dan dimulakan
dalam keadaan murid sudah bersedia bagi memulakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran, dalam jangka masa antara satu hingga lima minit.
Perkembangan isi pelajaran :
Perkembangan isi pelajaran berlaku secara berurutan dengan set induksi, bagi matapelajaran
Pendidikan Islam langkah-langkah perkembangan dibahagikan kepada tiga aras. Aras
pertama adalah aras asas dan semua murid kelas yang di ajar hendaklah menguasai aras ini,
sekiranya gagal mereka dikehendaki mengikuti program pemulihan melalui pendekatan yang
lebih mudah seperti menyediakan soalan-soalan yang mudah difahami serta nota ringkas dan
mereka membaca dan memahami nota dengan bimbingan guru kemudian menjawab
soalan manakala murid-murid lain akan terus ke aras kedua iaitu meneruskan perkembangan
selanjutnya, setelah itu guru membuat penilaian, sekiranya ada yang gagal, murid-murid
berkenaan diberikan program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai, murid-murid
lain terus ke aras ketiga sehingga selesai dan diikuti dengan penilaian yang terakhir
dipenghujung pengajaran dan pembelajaran.
Langkah-langkah perkembangan isi pelajaran perlu bermula dari yang mudah kepada yang
lebih kompleks, langkah-langkah disusun dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknikteknik
pengajaran yang sesuai, secocok dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk
terus menghayati ilmu yang sedang diterokai. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat
dilaksanakan dengan berkesan mengikut masa yang telah ditetapkan, jika tidak, pembaziran
masa akan berlaku dan isi kandungan tidak dapat diselesaikan. Setiap isi pelajaran yang
diperuntukkan dalam masa tersebut dapat dinyatakan, difahami, dan sebahagian murid pula
dapat menganalisa, membandingbeza dan dapat membuat penilaian.
Pembinaan modal insan yang berkualiti yang menjadi agenda Negara sewajarnya dipupuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan intelek, rohani, emosi dan jasmani
seharusnya disemai melalui aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran yang
berterusan supaya ianya menjadi amalan, penghayatan dan pembudayaan. Penyerapan
dengan matapelajaran yang lain, termasuk prinsip-prinsip Islam Hadhari, penggabungjalinan
dengan tajuk-tajuk lain, serta penerapan nilai. Guru menggunakan berbagai kaedah dan
teknik bagi meningkatkan penguasaan ilmu di samping menjana kemahiran berfikir, termasuk
kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran berkomunikasi dan berintraksi, kemahiran menulis,
kemahiran berhujah, kemahiran imiginasi dan sebagainya, bagi membentuk kemenjadian
murid.
Kemahiran menggunakan sumber yang sedia ada menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih berksan, seperti alat bantuan mengajar dan bahan bantuan mengajar dan bahan
bantuan belajar kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, bahan rujukan tambahan,
bahan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk memudah dan
mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran dan
pembelajaran hendaklah yang lebih releven dengan hasil pembelajaran serta isi
pembelajaran. Sumber itu dapat mempercepat dan menjimat masa pembelajaran, menarik
minat murid, dan boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah
tepat, pengolahan yang mudah difahami, senang digunakan dan boleh diubah dan sesuai
dengan keadaan semasa.
Apabila seluruh potensi insan dibangunkan secara intergrasi atau bersepadu, ia bakal
melahirkan insan yang berketrampilan yang mampu menyumbangkan segala kebolehan
untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara. Hati adalah penentu dalam pembangunan
insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinnginan manusia dan dari hati juga
lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan
supaya lahirnya hati yang bersih, baik dan bermanfaat. Intergrasi ilmu yang bersandarkan
kepada al-Quran dan as-Sunnah dan dikaitkan dengan berbagai cabang ilmu, bakal
melahirkan modal insan yang berkualiti.
Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran :
Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang
perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan atau tugasan murid yang
meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus
kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai pengukur keberkesanan hasil
pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang
telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan
menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut,
dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan
kaedah pemulihan dan pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut.
Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan
pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh
seseorang guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil
pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran
yang lain serta membuat refleksi terhadap kemampuan dan penguasaan seeorang murid.
Cara pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data
kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap
sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu
mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran
dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian,
penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan maklumat
tentang pencapaian dan tingkahlaku murid secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam
bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui
punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan
pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan
pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan
susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan
berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.
Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil
pembelajaran telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian
murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti
murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam
kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang gagal, maka
murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui bimbingan atau menyediakan tugasan
tertentu dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang
berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti
peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya.
Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi
penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara
yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan
tersebut sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian
rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis,
ujian bertulis, ujian kepantasan dan ujian daya.
Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding pencapaian seorang murid
dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana
dan sukar. Ujian rujukan kriteria ialah pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan
dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi
sesuatu soalan atau tugasan maka murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah
ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, guru dapat
membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid yang
berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian
tertetu bukan keseluruhan.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa
perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka
pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan
memberi markah yang sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang
bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan murid itu berfikir,
menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan untuk memberi
jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan
jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.
Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara
dengan murid di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan
guru adalah ujian yang disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir
tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif.
Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan
kecuali semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan
gambar supaya menjadi gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab
menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas.
Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu
diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian
Daya ialah ujian yang terdiri daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan
markahnya tertakluk kepada jumlah soalan yang dijawab dengan betul, masa yang
diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar dapat menyelesaikan semua soalan.
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU),
adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan
menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan.
Tujuan utama pembinaan JSU untuk mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan,
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, menjadi garis panduan kepada
penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh pihak
bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian
yang lain.
Ciri-ciri utama JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak
adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan
soalan, dan menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan
langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau
tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan melintang.
Rumusan, tugasan dan refleksi :
Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah
yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru
boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut,
rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi,
sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan,
bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam
bentuk pemantapan isi seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab
soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di
perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis
dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih
sempurna dan terdapat penambahbaikan.
Penutup
Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap
segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku
pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa
dijalankan.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang,
di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya,
menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja
yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistik, dan bijak
dalam pengurusan masa.
Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan
dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran
berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran
mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang
diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan
atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di
samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik
kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan
awam serta etika kerja dalam Islam.
Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam
masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited
dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan
tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu
melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-galanya.
Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan
peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

Thursday 14 January 2010

lagi satu untuk di komen

Tajuk : PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(PBK)


PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER(PBK)

Criswell (1989) mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Pendek kata matlamat PBK ialah untuk mengajar. Mengajar bermakna menyampaikan pengajaran dengen menggunakan sistem kompute. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Diantara keistimewaan tersebut adalah seperti berikut:

Hubungan interaktif: Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan.Bahkan menurut Dublin (1984, 1996) komputer dapat menumbuhkankan inspirasi dan meningkatkan minat.

Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat memerlukan kebebasan dan kreativiti dari para pelajar (Clements 1994).

Maklum balas dan peneguhan: Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.

Pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengukur keberkesanana komputer sebagai media pembelajaran. Dari hasil kajian ianya menunjukkan kesan positif terhadap pembelajaran dan PBK adalah contoh terbaik. Secara keseluruhan PBK memberi kesan yang positif berbanding dengan pembelajaran tradisional.

Kulik, Bergert dan William (1983) telah mengkaji terhadap 48 orang pelajar dan didapati 39 orang memperolehi markah yang lebih tinggi berbanding pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Kajian ini juga mengatakan PBK memiliki kelebihan 0.5 % berbanding pembelajaran tradisional.

Menurut kajian Mathis, Smith dan Hamsen (1970) sikap pelajar di institut pengajian tinggi adalah lebih positif terhadap PBK apabila pelajar tidak mengalami masalah literasi komputer, sedangkan mereka yang menghadapi masalah literasi komputer bersifat negatif terhadap PBK. Namun begitu mereka masih menganggap PBK adalah lebih baik diikutu daripada tidak sama sekali.

Menurut Munir dan Halimah Badioze Zaman (1998) mengatakan multimedia amat berkesan dalam menggalakkan kanak-kanak belajar membaca. Sedangkan dalam bidang sains pula keberkesanan PBk adalah lebih baik dua kali ganda daripada pembelajaran kaedah tradisional.

Hasil kajian lepas dapatlah dinyatakan secara keseluruhan hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah PBK adalah lebih baik daripada kaedah tradisional.

KELEBIHAN - KELEBIHAN MULTIMEDIA BERBANDING MEDIA PENGAJARAN YANG LAIN

Pelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan - kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa :

a) Tahap interaktif yang tinggi

Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-soalan tertentu.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.

b) Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-bila masa atau sebanyak mana sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya. Di tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan.

c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya

Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk "bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi komputer.

d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran

Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.

Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&p akan memberi impak kepada pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan.

ANIMASI DI DALAM PENDIDIKAN

Sifat multimedia sebahagian besarnya diberikan oleh teknologi animasi, antaranya termasuklah ciri yang dinamik dan interaktif. Berbeza dengan media yang statik serta kaku, animasi menawarkan kemampuan untuk penampilan sesuatu objek yakni warnanya, jenis permukaan yang ingin ditampilkan serta kemampuan pergerakkannya. Kecanggihan perisian yang digunakan bagi penciptaan animasi ini dapat memberikan kesan-kesan yang lebih menarik terutamanya jika diaplikasikan di dalam P&P.

Di dalam pengajaran geografi mengenai negara India contohnya, teknologi animasi dan multimedia dengan penggunaan perkasasan yang betul akan membolehkan murid merasakan seolah-olah berada di negara tersebut. Sudah tentu pengalaman di dalam proses P&P akan memberikan tanggapan yang dapat mengekalkan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut walaupun yang dikaji adalah tidak mungkin dapat dikunjungi sendiri.

MULTIMEDIA DALAM INTERNET SEBAGAI SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

P&P akan menjadi lebih menarik jika murid diberikan peluang untuk mencapai web yang berkaitan di dalam internet. Internet sebagai sumber terkini amat sesuai terutama sebagai sumber P&P untuk melihat isu terbaru di dalam matapelajaran sains, geografi, dan sebagainya. Contohnya bagi pelajaran sains, ciptaan terbaru adalah antara maklumat yang berguna, menarik, dan menunjukkan realiti sebenar apa yang dipelajari oleh murid.

PENJARINGAN KOMPUTER MELALUI JARINGAN KAWASAN TEMPATAN SEBAGAI SUMBER P&P (LAN)

LAN menyediakan laluan elektronik untuk pelbagai jenis maklumat ( suara, vedio, data, dan teks ). Laluan ini membolehkan pergerakkan maklumat multimedia melalui bangunan dalam semua arah dan membolehkan sumber ditambah kepada jaringan untuk dikongsi. Jaringan akan membolehkan perkongsian maklumat seperti pengkalan data, ensaiklopedia elektronik seperti Ecarta, Comton’s, Grolier, Katalog Kad Perpustakaan, dan Pusat Sumber Online, dan data pentadbiran. Ini akan menggalakkan kerjasama antara guru dan pelajar untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, pelajar boleh bekerja secara berkumpulan untuk sesuatu projek, menulis laporan dan menerbitkan majalah sekolah. Ini akan memaksimunkan penggunaan sumber-sumber seperti pencertak laser, jaringan CD-ROM, modem, dan talian telefon, serta perisian yang dijaringkan.

HUBUNGAN MELALUI JARINGAN KAWASAN LUAS SEBAGAI SUMBER P&P (WAN)

Sekolah akan dihubungkan ke sekolah dan organisasi yang lain sama ada dalam daerah, negeri, negara atau seluruh dunia. Beberapa media perhubungan boleh digunakan seperti satelit, siaran kabel televisyen, telefon dan gelombang mikro. Perhubungan ini akan menyediakan pelbagai kemudahan. Ini akan memberi peluang untuk pelajar mengalami pembelajaran jarak jauh. Dengan adanya video konferens, pentadbir dan guru tidak perlu meninggalkan sekolah untuk menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan negeri. Perhubungan WAN pula boleh menyediakan sumber-sumber melalui on-line untuk membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dari rumah.

PERANAN MULTIMEDIA DALAM PENGURUSAN SEKOLAH DAN BILIK DARJAH

Terdapat banyak aspek dalam pengurusan sekolah yang boleh dibantu oleh teknologi maklumat. Diantaranya adalah seperti berikut ;

a) Pengurusan kewangan sekolah

Penggunaan teknologi secara berkesan boleh membantu dalam menyediakan belanjawan, perekaunan, pembiayaan projek, perancangan jangka panjang, pengauditan dan kawalan bagi sekolah.

b) Sumber manusia

Penggunaan komputer dapat mempercepatkan proses perjadualan, meningkatkan kemahiran pengurusan guru, pertukaran dan perlantikan guru baru dapat diketahui dengan segera.

c) sumber-sumber pendidikan

Dengan menggunakan komputer, sesebuah sekolah dapat berhubung dengan pengkalan data daripada pusat sumber kurikulum untuk memperolehi pelbagai bahan P&P.

d) Maklumat pelajar

Maklumat pelajar terutamanya berkaitan percapaian akedemik dapat disimpan dengan selamat dan menyeluruh. Selain daripada itu penilaian juga dapat dibuat dengan lebih cepat berdasarkan maklumat-makllumat tersebut. Maklumat tentang kegiatan ko-kurikulum kesihatan dan sebagainya dapat dicapai dengan mudah melalui data-data yang tersimpan dalam komputer.

e) Kawalan keselamatan

Kawalan persekitaran sekolah dengan menggunakan sistem berkomputer dapat memastikan keselamatan pelajar lebih terjamin.

PENUTUP

Dunia pendidikan sangat mengharapkan kehadiran media pembelajran yang bermutu tinggi untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan komputer di sekolah pada tahun 70-an dan 80-an tidak begitu berjaya kerana anggapan bahawa sebuah komputer mampu membawa keajaiban di dalam bilik darjah tidak berasas. Namun begitu, minat terhadap integrasi multimedia dan pendidikan tidak lenyap. Tumpuan kepada multimedia interaktif terus berkembang. Kehadiran teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.

sila komen tentang artikel ni

Tajuk : Bagaimana Teknologi Multimedia Dapat membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah (P&P)

Bagaimana Teknologi Multimedia Dapat membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah (P&P)

PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton.

Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi, pemberitahuan dan pendidikan.

DEFINISI MULTIMEDIA

Apakah multimedia? Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan aminasi yang menghasilkan prestasi yang menakjubkan. Ia juga mempunyai keupayaan interaktif yang tinggi.

Dari perspektif pengguna komputer, multimedia bolehlah diertikan bahawa informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi. Contohnya menggunakan audio dan video, ia merupakan atu perubahan bagi situasi yang dinamik dalam bidang yang berlainan, seperti dalam sukan dan sains kesihatan, boleh dipersembahkan dengan lebih baik selain daripada hanya mengunakan teks dan imej sahaja.

Di sini dapat kita memberi satu gambaran bahawa multimedia adalah satu kombinasi data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ianya terdiri daripada gabungan grafik, imej, video dan animasi bagi menghasilkan prestasi yang diluar jangkaan kita.

Mengikut apa yang dijelaskan oleh buku American Heritage Dictionary, sistem multimedia adalah sebarang sistem yang menyokong lebih daripada sejenis media. Namun, sistem multimedia boleh dibezakan daripada sistem-sistem lain melalui beberapa ciri seperti kombinasi media, media-independence, integrasi dan kawalan komputer.

Menurut Furht (Internet 1996) dari Atlantic University, Florida mendefinasikan multimedia sebagai gabungan antara pelbagai media;

Teks, grafik, animasi,imej, dan video. Sedangkan Haffos Feldman 1994, mendifinasikan multimedia sebagai suatu sistem komputer terdiri dari pelbagai perkakasan dan perisian yang memberikan kemudahan untuk membolehkan gambar; video, fotogarfi, grafik, dan animasi disepadukan dengan dengan suara, teks, data yang dikendalikan dengan program komputer. Semua maklumat yang ada dalam program multimedia ( suara, imej, teks dan data) kemudiannya direkodkan dalam sebuah simpanan cakera optik.

Menurut Thompson (1994) mendefinisikan multimedia sebagai suatu sistem yang menggabungkan teks, imej, video, animasi, suara dan membolehkan interaktiviti

Definasi multimedia juga boleh didapati melalui komposisi perkataan :-

Multi di dalam bahasa Latin bermaksud banyak atau pelbagai Medium di dalam bahasa Latin bermaksud perantara (suatu perantara adalah

digunakan untuk menghantar atau mengangkut sesuatu seperti komunikasi massa seperti surat khabar, majalah atau televisyen.)

KONSEP MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia membolehkan berlakunya interaktiviti.

Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala proses pembelajaran adalah berkesan.

Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN ?

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu-individu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka. Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video.

Dalam bidang pendidikan tradiosional, biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu, pada hari ini sistem bermultimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat- maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada penuntut mereka.

Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah.

ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Terdapat beberapa elemen-elemen asas multimedia yang biasa digunakan iaitu :-

a) Grafik

Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.

Grafik sebenarnya mempergunakan media statik dengan memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto. Penambahan dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan.

Menurut Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda.

Menurut Linstrom lagi, 1994; Carta, graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagai secara visual.

Menurut Rockley, 1994; Grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu.

b) Teks

Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai sub bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan.

Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain.

Berkesan jika penggunanya pakar dan berpengetahuan tinggi berhubung dengan maklumat yang ingin diperolehi kerana mereka berupaya memproses maklumat lebih pantas dan berstrategi melalui media ini berbanding dengan audio mahupun video.

Menurut Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.

c) Animasi

Ia merupakan paparan pantas imej-imej yang berjujukan dan dapat dilihat oleh mata kasar manusia dalam bentuk pergerakan.

Menurut Lindstrom, 1994; ianya membawa pengguna lebih hampir kepada bahan maklumat. Simulasi sesuatu aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh digambarkan melalui animasi-animasi. Animasi menawarkan pengguna mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini. Unsur-unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui klip-klip video.

d) Bunyi

Kesan bunyi memainkan perana pening dalam teknologi multimedia pada hari ini.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau menggunakan pembesar suara bina dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer.Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc. , snd. .aud. dan sebagainya. Menyediakan amaran atau wujudnya masalah dan biasanya sebagai maklumat tambahan. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau kewujudan masalah. Menghasilkan mood kepada pengguna melalui muzik. Menarik perhatian melalui kesan-kesan bunyi.

Bunyi menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin.

e) Imej

Imej adalah ruang persembahan bagi sesuatu objek, yang boleh ditayangkan dalam bentuk dua atau tiga dimensi atau juga dalam bentuk-bentuk imej yang lain. Ia boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk maya atau nyata. Fail-fail dalam bentuk .jpg dan .gif digunakan untuk menyimpan lukisan grafik dan imej-imej kerana ia adalah pawai yang digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan imej berwarna dan tidak berwarna. Selain itu, bentuk fail ini juga boleh menjimatkan storan.

TEKNOLOGI MULTIMEDIA MEMBANTU P&P DALAM BILIK DARJAH

Sebagaimana media pendidikan yang lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Menurut D’Lgnazio (Bairley 1996), multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan. Pembvangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang dilaksanakan dengan cara mengumpul bahagian-bahagian tertentu dari kehidupan sebenar pelajar. Manfaat lain pula membawa erti pelajar yang terlibat dalam pembelajaran multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan, dan emosinya.

Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persendirian (tutorial) tidak bermakna tiada pengajaran, sebaliknya pengajaran langsung tetap dikekalkan tetapi pakej multimedia boleh menyenangkan pengajaran tertutamanya guru tidak perlu mengulang penerangan secara berulang kali.

Pakej boleh memberikan penerangan secara terus. Bagi pelajar yang menggunakan multimedia lebih memberikan motivasi untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap. Sesuatu masalah dapat diulangkaji dengan berulangkali dan kemampuan mereka dapat diukur.Oleh itu , multimedia menjadi sangat berguna keada pelajar. Bagi perancang pakej multimedia perlu mendalami bentuk pembelajaran agar pakej multimedia yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran.

Walupun mutimedia berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna multimedia adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan kebehasilan pembelajaran antaranya;

1. motivasi pelajar

2. keadaan sosial

3. ekonomi dan pendidikan keluarga

4. situasi pada saat pembelajaran

5. kurikulum dan guru.

DeVoogd & Kritt (1997) mengatakan multimedia tidak mengajar sebab yang mengajar adalah guru sahaja. Dalam penggunaan media pelajar faham dan cekap maka aktiviti dapat dijalankan dengan baik dan berjaya menguasaibahan pembelajaran dan begitulah sebaliknya, maka media tersebut bukannya mudah untuk mempermudahkan bahkan mungkin akan menghambat keberhasilan pembelajaran.Lebih jelas lagi, menurut Salomon (1979) menyatakan bahawa perbezaan media akan mempengaruhi terhadap tingkat pengetahuan seseorang. Beliau juga menegaskan bahawa perbezaan sistem simbol dan kod sehingga mempengaruhi perbezaan pesan yang disampaikan.

Kini, dengan munculnya komputer multimedia, masalah teknologi pendidikan telah mula dapat diatasi. Dengan adanya kemudahan untuk menyokong bunyi dan video (full-motion). Era dimensi baru pada CAI (computer aided Intruction) terbuka luas. Secara tidak langsung akan menambahkan minat para pendidik untuk menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu teknologi multimedia akan memberikan kesan perubahan yang besar dalam bidan gpendidikan bdan komunikazsi. Selain itu multimedia juga mencerminkan perubahan bagaimana cara manusia berfikir, berfikir, belajar dan memahami akan sesuatu perkara.

Teknologi multimedia membolehkan kita menggunakan keupayaan komputer dalanm pelbagai cara baru seperti mempersembahakan maklumat dengan menggabungkan teks, grafik, bunyi, animasi dan video. CAI menggunakan kombinasi utama teks dan grafik untuk mempersembahkan bahan pengajaran. Teknologi multimedia CAI menggabungkan kedua-dua elemen tersebut dan juga menggabungkan bunyi dan video. Penggunaan pelbagai media secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada guru dan pelajar menggunakan dan memahirkan diri dengan pelbagai teknologi canggih. Ini akan menjadikan susana pengajaran dan pembelajaran yang interaktif di amana seseorang pelajar akan menjadi aktif dan cuba mnenguasia sepenuhnya penggunaan teknologi.

Penggunaan teks sahaja dalam penyampaian akan membataskan pemahaman pelajar terhadap suatu maklumat juga menyukarkan pelajar memahami sesuatu topik tertentu. Kombinasi beberapa elemen media yang digunakan di dlam muiltimedia membolehkan pelajar mempelajari xssesuatu mata pelajaran secara spontyan mengikut mod yang dipilih. Sekiranya pelajar tersebut menghadapi maslah dalasm memahami sesuatu konsep, maklumbalas akan diperolehi dengan cepat dan bantuan akan diberikan bagi menjelaskan konsep tersebut sebelum pelajar menjadi keliru. Pelajar-pelajar pula tidak perluy mengangkt tanggan berulanagkali untuk mengemukan soalan kepada gueru. Ini kerana multimedia telah direka bentuk bagi membolerhkan pelajar berhenti den menjelajah semula sekerap yang diperlukan. Multyimedia membolehkan seseorang pelajar mengulang semula bahagian yang sebelumnya atau ke bahagian seterusnya.

Kombinasi di antara multimedia dan CAI akan menjadikan proses pembelajaran semakin menarik. Multimedia tidak akan mengambilalih tempat guru atau kaedah biasa yang digunakan dalam bilik darajah tetapi ia berttindak sebagai pelengkap atau alat bantu mengajar.Perbezaan tahap pemahmanseseorang pelajar akan bahan yang disampaikan sering kali meletakkan guru dalasm keadaan serba salah dan tambah merumitkan lagi apabila gagalnya interaksi dua hala di antara guru dan pelajar. Dalam hal ini, penggunaan multimedia akan dapat membantu guru memberikan tumpuan yang lebih kepada para pelajar yang agak lemah dan memerlukan perhatian berterusan.

Pelajar yang prestasinya baik boleh menjejah sehingga kepada tahap yang lebih mencabar, manakal pelajar yang agak lemah boleh menggunakanpada tahap yang lebih rendah tanpa rasa segan silu atau merendah didi kerana ko0mputer tidak akan membuat kritikan terhadap prestasi pelajar tersebut. Guru-guru juga mempunyai masa yang cukup untuk meranscang aktiviti pengajaran dan pembelajaransemasa pelajar sibuk menggunakan multimedcia sama asda secara individu atau berkumpulan. Penggunaan multimedia juga dapat membantu pelajar mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah secara berkumpulan.

Selain daripada menjadi alat bantu mengajar dan peralatan pejabat, ia juga bertindak sebagai alat bantu bagi pelajar membangunkan sesuatu projek atau laporan yang memerlukan kombinasi teks,grafik, bunyi dan vedio. Yang paling jelas, ia jugsa bertindak sebagai sumber rujukan (encyclopedia) yang di simpan di dalam CD ROM.

Terdapat tiga aspek utama yang dimainkan oleh teknologi maklumat dalam pendidikan sekolah iaitu :

a) Kurikulum

Kurikulum dalam sistem pendidikan sekolah akan bercorak terarah kendiri mengikut kadar individu, berkesinambungan dan reflektif. Semua sekolah akan dilengkapkan dengan teknologi multomedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Budaya sekolah akan berasaskan pengetahuan pemikiran, kreatif, inovatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi yang terkini dan tercanggih.

b) Pedagogi

Dari segi pedagogi, guru yang selama ini bertindak sebagai penyampai maklumat akan berubah menjadi fasilitator, mentor, dan pembimbing kepada pelajar. Amalan pengajaran secara kelas akan diubah kepada beberapa variasi pembelajaran seperti pembelajaran kendiri, pembelajaran kolaboratif, dan pembelajaran koperatif.

c) Bahan pengajaran dan pembelajaran

Bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berteraskan kepada teknologi multimedia dan jaringan yang menghubungkan seluruh dunia. Bahan-bahan P&P adalah yang terkini dan mecukupi untuk semua pelajar serta mempunyai ciri-ciri yang berikut ;

1. pukal disket yang lengkap, interaktif mencabar daya kognitif pelajar serta kemahiran berfikir.

2. Pukal disket yang lengkap yang mengandungi penilaian sendiri dan penyemakan oleh guru dalam bentuk peperiksaan, projek dan tugasan.

PERUBAHAN DI DALAM SISTEM PENDIDIKAN

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat, perubahan dalam sistem pendidikan,perlu dibuat supaya kedudukan negara sebagai peneraju IT serantau dapat menjadi kenyatan.

a) Penilaian berasaskan IT

Setelah IT diaplikasikan sepenuhnya dalam pendidikan, penilaian murid juga perlu berubah. Murid boleh dinilai dengan melihat tahap kemahiran mereka di dalam IT. Perubahan ini walau bagaimanapun perlu menyeluruh apabila semua sekolah mempunyai kemudahan yang sama bagi membuat penilaian yang boleh disandarkan.

b) Peperiksaan berkomputer

Pendedahan di dalam aktiviti P&P yang menggunakan IT secara keseluruhan memungkinkan segala kerja kursus murid dan peperiksaan dapat dilakukan secara berkomputer. Ini adalah lebih banyak memudahkan penilaian dibuat.

PENGGUNAAN PERISIAN PENDIDIKAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .

Seorang guru mungkin memberikan sesuatu perisian pendidikan yang bersifat latih tubi kepada pelajar-pelajarnya yang masih belum menguasai konsep atau kemahiran yang baru.

Seorang guru juga mungkin memberikan perisian-perisian yang sama tajuknya tetapi berlainan pendekatan kepada pelajar-pelajar di dalam sebuah kelas yang sama. Misalnya memberikan perisian berbentuk latih tubi kepadapelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan.

Seorang guru mungkin menggunakan komputer untuk menerangkan suatu konsep yang abstrak di awal pengajarannya dan menggunakan media-media yang lain dipertengahan dan penghujung pengajarannya.

Seorang guru juga mungkin menggunakan komputer dihadapan sekumpulan pelajar yang lemah bagi menunjukkan suatu simulasi berkomputer sedangkan pelajar yang lain diminta untuk mengggunakannya di komputer masing-masing tanpa perlu dibantu.

Perisian pendidikan yang berbagai-bagai pendekatan itu boleh dimanfaatkan kepada pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan .Lazimnya setiap perisian pendidikan ditujukan kepada kumpulan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tertentu. Oleh yang demikian adalah penting bagi seseorang guru mengunakan dan meneliti suatu perisian pendidikan itu terlebih dahulu sebelum memberikan nya kepada pelajar. Maklumat seperti kesesuaian isi pelajaran, pengetahuan sedia ada yang diperlukan dan kumpulan sasaran adalah penting supaya pelajar menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan mereka.

Pelbagai Pendekatan Perisian Pendidikan

Terdapat beberapa pendekatan yang digunakan di dalam sesuatu perisian pendidikan dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

a) Latih tubi

Menyediakan kemudahan latihan bagi menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Lazimnya pelajar menggunakan perisian pendidikan ini selepas sesuatu pengetahuan atau kemahiran telah diajarkan terlebih dahulu kepada mereka. Pelajar diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklumbalas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan.

b) Tutorial

Menyampaikan sesuatu isi pelajaran yang baru.(pelajar-pelajar belum pernah diajarkan dengan tajuk ini sebelumnya). Ia seolah-olah seperti seoarang guru yang mengajar seorang pelajar tentang satu tajuk.(Situasi satu sama satu). Lazimnya pelajar mengawal kadar dan aliran pembelajarannya sendiri.

c) Demontrasi

Komputer digunakan sebagai alat pandang dengar dalam menyampai atau mengambarkan sesuatu konsep atau maklumat. Lazimnya digabungkan dengan kaedah pengajaran biasa. Komputer digunakan pada sela waktu tertentu sahaja dan bukan sepanjang waktu pengajaran.

d) Simulasi

Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di mana pelajar dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. Contohnya, pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengubah sesuatu untu melihat pembaharuan.Cara yang terbaik menggunakan komputer dalam p&p di mana pelajar diminta menguji sesuatu hipotesis/konsep dan seterusnya membuat kesimpulan masing-masing. Perisian pendidikan seperti ini selalunya bersifat exploratory dan menekan kepada penyelesaian masalah.

e) Permainan pendidikan

Perisian seperti ini lazimnya berbentuk simulasi dan exploratory tetapi kandungan atau isi pelajaran diubah ke dalam bentuk permainan. Konsep yang akan diajarkan adalah bersifat intrinci dan pelajar bersedia untuk menjelajah satu dunia yang "asing".

f) Penciptaan sendiri oleh guru

Guru sebagai fasilitator di dalam bilik darjah, seharusnya dapat memudahkan prosses P&P berlaku di kalangan murid. Inisiatif guru amat perlu bagi P&P yang berkesan dan mencapai objektif P&P. Penciptaan pakej P&P oleh guru dapat memberikan kelainan untuk menarik minat dan perhatian murid dalam aktiviti P&P. Sungguhpun penciptaan pakej P&P memerlukan masa yang lama untuk dicipta, guru patut mengambil kira potensi yang ingin mereka kembangkan dalam setiap aspek intelektual, rohani, jasmani, dan emossi.

g) Rekreasi di dalam P&P

Selain pakej yang dicipta oleh guru, guru boleh membuat aktiviti pengayaan dengan hanya memilih perisian yang sesuai yang berada di pasaran. Walau bagaimanapun, pemilihan yang teliti adalah perlu supaya sepadan dengan isi kandungan yang dipelajari agar dapat memotivasikan murid dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P.

h) Peluang Kepada Yang Lebih Pintar

Murid yang lebih mungkin akan lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Sebagai menyahut falsafah pendidikan negara, potensi murid harus dikembangkan sejauh mungkin. Mereka boleh mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar.